KAJIAN TINDAKAN NORA

Portal ini memaparkan segala informasi dan tugasan bagi kursus Kajian Tindakan (GB5023) di bawah seliaan Dr.Siti Fatimah Mohd Yassin, UKM, Bangi. Segala cadangan dan kritikan membina amat dialu-alukan di portal ini. Sila klik 'FULL STORY' bagi melihat keseluruhan isi kandungan bagi setiap tajuk. Terima kasih atas lawatan anda ke portal ini, berkunjunglah lagi =)

TUGASAN 4 : POWER POINT MINI KT

Posted by Nur Rawaidah Rahmat Monday, January 11, 2010 0 comments

TUGASAN 4 : ARTIKEL MINI KT

Posted by Nur Rawaidah Rahmat Wednesday, December 30, 2009 0 comments

Artikel Mini KT

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam diri pelajar terutama kemahiran komunikasi dan kemahiran maklumat serta mempelbagaikan gaya pembelajaran pelajar melalui penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini mengaplikasi perintegrasian teknologi menggunakan bahan elektronik dan bahan bukan elektronik iaitu laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif. Kajian ini melibatkan 37 orang pelajar dari aliran pembelajaran yang berbeza terdiri daripada 20 pelajar masalah pembelajaran dan 17 orang pelajar masalah pendengaran.Kajian ini melibatkan dua matapelajaran berbeza iaitu matapelajaran Bahasa Melayu dan Teknologi Maklumat. Kajian dilakukan dengan menggunakan set instrumen secara kualitatif iaitu melalui pemerhatian,temubual, soal selidik dan lembaran kerja untuk melihat perbezaan peningkatan kemahiran pelajar dan gaya pembelajaran pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi pelajar sebelum dan selepas pendekatan dilaksanakan. Pelajar-pelajar menunjukkan perkembangan yang positif dimana pelajar mula menunjukkan peningkatan dalam komunikasi diantara rakan-rakan dan juga guru.Selain itu, mereka juga mengakui bahawa penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif berjaya mengubah gaya pembelajaran mereka yang sebelum ini hanya bergantung kepada guru sahaja. Implikasi daripada kajian ini ialah guru telah mengenalpasti pendekatan yang berkesan dalam meningkatkan kemahiran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka. Guru juga berjaya mengubah teknik pengajaran melalui perintegrasian teknologi.

18-12-09: Aktiviti 1:Buku (PENGUMPULAN/ANALISIS DATA)

Posted by Nur Rawaidah Rahmat Thursday, December 17, 2009 3 comments

BUKU UTAMA
TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH FOR EDUCATIONAL CHANGE
PENULIS : JOHN ELLIOTT

BUKU SOKONGAN
TAJUK BUKU : A SHORT GUIDE FOR ACTION RESEARCH (2nd Ed)
PENULIS : ANDREW P.JOHNSON

PENGUMPULAN / PENGANALISISAN DATA (METADOLOGI)

- Action Research For Educational Change.(M/S 77-83)

Terdapat beberapa teknik dan kaedah yang boleh digunakkan dalam pengumpulan data iaitu : (m/s 77-83)

a)Diari
Diari yang baik adalah diari yang digunakan secara berterusan. Ia hendaklah mengandungi catatan peribadi mengenai pemerhatian, perasaan, reaksi, tafsiran, hipotesis, pantulan, penjelasan dan sebagainya. Kandungan diari seharushnya disertakan dengan tarikh dan masa yang tepat.

b)Profil
Profil menyediakan gambaran satu situasi atau peserta sepanjang masa. Dalam kajian tindakan (kelas), pengkaji boleh menghasilkan profil pengajaran atau prestasi pelajar tertentu

c)Analisis Dokumen
Dokumen boleh menyediakan informasi yang relevan dengan isu dan masalah yang dikaji, misalnya kertas ujian yang digunakan, sampel hasil kerja pelajar, helaian tugasan dan sebagainya.

d)Fotografi
Gambar – gambar boleh diambil dalam mengambarkan satu situasi. Misalnya dalam kelas, gambar yang boleh diambil adalah gambar pelajar sedang melakukan tugasan di dalam kelas, postur fizikal dan kedudukan guru ketika mengajar dan sebagainya.

e)Rakaman video/tape/transkrip
Rakaman video boleh digunakan dalam pengajaran kelas samada sebahagian atau keseluruhan. Melainkan ia digunakan oleh pemerhati, kegunaannya mempunyai limitasi. Rakaman tape bergerak dengan cip mikrofon dibina didalamnya mempunyai kurang gangguan untuk digunakan guru di dalam kelas. Guru boleh ‘forward’ atau ‘backwards’ mengikut kesesuaian. Bagaimanapun, transkrip menggunakan tangan agak mengambil masa.

f)Menggunakan Pemerhati Luar
Teknik ini adalah berkesan sekiranya jika pemerhati luar telah diberi penerangan lengkap oleh guru, maka dia tahu bagaimana menyusun maklumat yang akan digunakan nanti. Dalam konteks kajian tindakan di dalam kelas, pemerhati luar boleh mengumpul maklumat seperti mengambil gambar beserta komen, membuat rakaman video mengikut keselesaan guru dan sebagainya. Pemerhati luar boleh terdiri daripada ahli pengkaji (kajian berbeza), rakan sekerja, pelawat luar seperti consultant.

g)Temubual
Temubual adalah cara terbaik dalam mendapatkan maklumat apa yang berlaku serta pandangan orang lain dalam perpesktif mereka bagi sesuatu situasi. Dalam konteks kajian tindakan kelas, pelajar adalah sampel yang paling sesuai untuk ditemubual. Temubual boleh dalam bentuk berstruktur, semi-struktur dan tidak berstruktur. Bahan lain boleh digunakan dalam membantu proses temubual seperti gambar, dokumen dan sebagainya.

h)Komentar Berterusan
Terdapat tempoh di mana dalam satu masa, peserta boleh diam untuk mematuhi apa yang sedang berlaku.Ini menyediakan peluang kepada guru dalam melakukan komentar berterusan. Dalam kajian tindakan kelas, teknik ini berkesan dalam memerhati pelajar atau sekumpulan pelajar melakukan tugasan. Pemerhatian biasanya berterusan paling kurang lima minit. Jangan menganggu pelajar membuat tugasan, Duduk sedekat mungkin dan mencari posisi terbaik (elakkan bertemu muka dengan pelajar). Catatkan secara konkrit dan benar terhadap segala tindakan pelajar. (catat pergerakan, intonasi dsb.)

i)Gambaran pembelajaran
Ketika ini, peserta ‘dibayangi’ dalam satu tempoh, dan komentar berterusan dibuat terhadap reaksi dan tindakan olehnya. Peserta memberi gambaran sendiri dan kemudian dikumpulkan dalam memberi komentar berterusan

j)Senarai Semak, Soalan dan Inventori
Senarai semak biasanya menetapkan soalan untuk diri pengkaji sendiri. Senarai semak seharusnya distruktur meliputi teknik pemantauan seperti merekod, komentar berterusan dan sebagainya. Begitu juga dengan soalan dan inventori. Soalan biasanya merupakan senarai soalan yang ingin ditanya kepada orang lain. Inventori pula senarai semak mengenai sesuatu situasi samada mereka setuju atau tidak (misalnya setuju, kurang setuju, tidak setuju dsb). Soalan dan inventori membenarkan pemerhatian, pandangan, intepretasi dan tingkahlaku seseorang dikenalpasti.

k)Penyegitigaan
Penyegitigaan bukanlah tertumpu kepada teknik pemantauan tetapi lebih kepada kaedah yang membawa kepelbagaian bukti (mengaitkan satu sama lain) maka ia dapat dibezakan dan dianalisis. Asas utama kaedah ini adalah dengan mengumpul hasil pemantauan sesuatu situasi daripada pelbagai sumber lalu membandingbezakannya. Misalnya daripada guru, pelajar dan pemerhati luar. Bahan seperti gambar, temubual dan sebagainya.

l)Memo Analitis
Memo analitis mengandungi satu pandangan (pemikiran) yang sistematik tentang bukti-bukti (dapatan kajian) yang dikumpul dan dihasilkan secara berkala, biasanya pada peringkat akhir pemantauan (tinjauan). Memo analitis perlu merujuk silang terhadap dapatan kajian yang ada (diari, gambar dan sebagainya).

- A Short Guide to Action Research

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengumpul data;

- Nota Lapangan – Pemerhatian
Guru boleh mengambil data melalui kaedah ini dengan tiga cara. Pertama : guru membuat penghuraian nota pemerhatian yang tebal. Ini bermaksud guru mengambil data semasa pengajaran sedang dijalankan. Selain itu guru juga perlu mengambil data tanpa melihat secara langsung kepada pelajar. Ini kerana apabila pelajar dapat mengetahui, mereka akan kurang mendedahkan diri sebenar mereka. Kedua : ialah Nota cepat semasa pengajaran. Kaedah ini boleh digunakan di mana guru menyediakan fail untuk setiap pelajar dengan nama mereka. Semasa pengajaran dilakukan guru boleh membuat nota terhadap pelajar yang berminat dan juga boleh digunakan untuk sampel kerja pelajar, senarai semak atau pencapaian ujian. Ketiga : ialah Nota dan Refleksi Selepas Pengajaran di mana catatan pemerhatian dilakukan pada akhir masa P&P. Semasa penulisan data ini guru perlu melihat balik terhadap rancangan pengajaran berdasarkan kepada apa yang telah diajar, bila mengajar, bagaimana ianya diajar, berapa kali mengajar dan wawasan untuk berubah.

- Senarai Semak
Adalah senarai yang menetapkan sesuatu atribut seperti tingkah laku, sifat/ciri-ciri, kerja sekolah atau kemahiran. Apabila sesuatu atribut dijumpai beberapa kaedah digunakan sama ada semak semula atau menyatakan bilangan kekerapan. Pertama : Senarai Semak Pelajar - senarai semak yang digunakan oleh pelajar. Setiap pelajar mempunyai portfolio mereka sendiri dan memerlukan mereka untuk menulis masa yang telah diperuntukan, topik, kemahiran yang diperlu dipelajarai. Kedua : Senarai Semak Guru – Juga dibuat untuk kegunaan guru di mana menyatakan apakah kemahiran sebenar yang perlu diperkenalkan atau dikuasai dan bila. Selain itu senarai semak ini membantu dalam bimbingan pengajaran dan menyediakan fakta/bukti yang mana kemahiran tersebut telah diajar. Ketiga : Senarai Semak Open-Ended – Senarai semak yang mengandungi senarai kemahiran dengan ruang yang cukup untuk pelajar menghuraikan kebolehan, pemahaman atau penggunaan setiap kemahiran. Ini menyediakan indikator yang tepat terhadap pemahaman pelajar dan juga membolehkan guru untuk merancang pengajaran bagi mendapatkan spesifikasi yang diperlukan.

- Perbincangan dan Temubual
Perbincangan – Berbeza dengan temubual di mana perbincangan seorang ataupun lebih pelajar akan bercakap mengenai kerja mereka dan beberapa aspek dalam dalam fubgsi bilik darjah. Perbincangan boleh dijalankan secara individu atau dalam kumpulan yang kecil. Perbualan Secara Individu – ianya boleh dilakukan di mana sahaja selama 2 – 15 minit. Semasa perbincangan dilakukan ambil nota tetapi elakkan untuk mengambil verbatim. Jika perlu hanya merakam item yang difikirkan penting seperti kekuatan, kelemahan, kesan umum, kemahiran yang dipelajari, kemajuan, pengetahuan, atau apa yang pelajar pelajari semasa. Perbualan Kumpulan Kecil – ianya dilakukan dengan kumpulan pelajar dalam tiga hingga lapan orang pelajar dalam satu masa. Juga kaedah pengumpulan data yang efektif kerana boleh menilai kebolehan pelajar untuk berinteraksi antara satu dengan yang lain. Temubual – adalah tindakbalas pelajar terhadap terhadap set soalan yang telah dirancangkan di mana ianya adalah bagus kalau dijalankan secara individu. Semasa interview dijalankan catat beberapa idea yang menarik dan kekalkan fokus kepada responden. Guna perakam untuk merakan interview.

-Video dan Audiotapes
Videotapes menyediakan maklumat yang berkaitan kepada pelajar secara non-verbal , lokasi atau pergerakan memalui pembelajaran, dan pandangan umum mengenai pencapaian atau teknik pedagogi. Audiotapes adalah kaedah lain yang boleh digunakan kerana ianya cepat, mudah, kurang ganguan, lebih semula jadi dan mudah untuk didengar di mana sahaja.

-Pencapaian Pelajar
Sampel pelajat boleh digunakan sebagai sumber data. Guru tidak perlu mengumpul setiap kerja pelajar tetapi mengambil dalam masa yang berlainan. Misalnya : Pencapaian dalam ujian – pencapaian pelajar dalam ujian, kerja sekolah, kuiz, dan penilaian standard, Sampel Penulisan, Projek Kajian.

-Websites, Class Journals atau E-mail
Websites – digunakan untuk mencipta persekitaran dan entiti bilik darjah yang dinamik. Pelajar boleh log on kepada website yang berkaitan untuk dibaca dan memberi komen terhadap apa yang orang lain telah tulis pada topik yang diberi. Transaksi boleh di print untuk kegunaan sebagai data. Class Journal – guru perlu menyediakan buku nota yang kosong di mana pelajar boleh memasukkan pembelajaran, idea, kesan atau apa bentuk tindak balas seperti gambar atau diagram. Dari situ guru boleh membuat dan mendapatkan data menganai kajian yang dibuat. E-mail – cepat, mudah dan komunikasi yang sulit antara pelajar dan guru. Pelajar akan menghantar email kepada guru dan guru membuat penilaian berdasarkan kepada pemikiran pelajar dan menyediakan pengetahuan yang berharga dalam kelas yang berikutnya.

PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN BERDASARKAN KAJIAN DI KOLOKIUM SENIOR

TAJUK 1 : MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR BERMASALAH PENDENGARAN UNTUK BERKOMUNIKASI SECARA LISAN DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH 'VERBAL REPEATITION' DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Pembentang : Suzana Mohd Fauzi (P48659), Ummi Salmah Adnan (P48606), Najwa Hayatee Abdullah (P48610)

Metodologi = method Kemmis & Mc Taggart 1998 (perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi).
Setting Kajian = terdapat 3 kitaran. Kitaran pertama guru menulis perkataan di atas 'Whiteboard'. Guru mengeja perkataan tersebut dalam bahasa isyarat dan kemudian menyebutnya. Selepas itu, para pelajar pula menyebut perkataan namun hasilya kurang memuaskan. Kitaran kedua guru meminta pelajar berdiri dan menyebut perkataan yang ditulis mengikut giliran. Hasilnya pelajar mengeja seorang demi seorang. Kitaran ketiga pelajar diminta oleh guru kehadapan dan menyebutnya perkataan di 'whiteboard' sebanyak lima kali di hadapan rakan-rakan yang lain. Hasilnya pelajar mula berani menyebut perkataan tersebut.
Sampel Kajian = 19 orang pelajar di dalam kelas di SMK Dato’ Ibrahim Yaacob.

Ulasan : Pengkaji telah menggunakan kaedah verbal yang berulang-ulang di mana ia amat menarik bagi saya kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar selain mendedahkan pelajar kepada perkara yang paling mereka kurang kuasai iaitu percakapan. Para pelajar lebih yakin untuk berkomunikasi andai teknik ini diamalkan berterusan. Pengkaji menggunakan model Kemmis & Mc Taggart 1998 di mana pengkaji telah merancang dengan baik teknik ini dan aktif dalam membuat tindakan, pemerhatian dan refleksi.

TAJUK 2 : MENINGKATKAN MINAT DAN PRESTASI PELAJAR DALAM SUBJEK BIOLOGI TINGKATAN EMPAT MENGGUNAKAN TEKNIK PEMBELAJARAN KOOPERATIF

Pembentang: Normahidayu Mohd Nordin P48642 & Siti Rafeqah Samsunanwar P48667

- Metodologi = method Kemmis & Mc Taggart 1998 (perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi).
- Setting kajian = perbincangan dalam kumpulan ( Kaedah Think-Group-Share).
- Sampel kajian = 30 orang pelajar biologi tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 4 Bandar Kinrara Puchong.

Ulasan: Pengkaji menggunakan salah satu kaedah yang ada di dalam pembelajaran kooperatif iaitu kaedah Think-Group-Share dimana kaedah ini memerlukan kerjasama diantara ahli kumpulan dalam membuat sesuatu tugasan. Kaedah ini juga menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid. Subjek Biologi sesuai digunakan kaedah ini kerana ia mengandungi pelbagai fakta yang banyak tetapi boleh difahami melalui pembelajaran secara berkumpulan.

BAGAIMANA KAJIAN TINDAKAN DILAKSANAKAN (BERDASARKAN ARTIKEL JURNAL)

TAJUK ARTIKEL 1

PERBINCANGAN PELAJAR DALAM KELAS PENGAJIAN SOSIAL : KES KAJIAN TINDAKAN

STUDENT DISCUSSIONS IN THE SOCIAL STUDIES CLASSROOM : AN ACTION RESEARCH STUDY


Pengarang : Nora K. Flynn
Jurnal : Chicago Foundation for Education Teachers Network Policy Institute
Sumber : ProQuest Education Journals (Online)

PROSEDUR KAJIAN
Guru akan memberi aktiviti secara berkumpulan kepada pelajar di mana mereka perlu berbincang di dalam kumpulan masing - masing mengikut tajuk yang diberi. Terdapat empat tugasan perbincangan diberikan. Perbincangan itu akan dijalankan di dalam pelbagai bentuk samada kumpulan besar atau kumpulan kecil. Setiap perbincangan akan dipantau dan diperhatikan untuk melihat kesan atau perubahan yang berlaku terhadap pelajar melalui 3 cara iaitu refleksi pelajar, refleksi dan pemerhatian guru serta temubual pelajar.

TAJUK ARTIKEL 2

MENINGKATKAN PEMAHAMAN PEMBACAAN MELALUI PEMIKIRAN ARAS TINGGI

IMPROVING READING COMPRHEHENSION THROUGH HIGHER-ORDER THINKING SKILLS


Pengarang : Brigitte A. McKown dan Cynthia L. Barnett
Jurnal : Saint Xavier University, Illnois
Sumber : ERIC Database Journal (Online)

PROSEDUR KAJIAN
Guru memperkenalkan satu kemahiran aras strategi dalam setiap kelas kemudian dikuti dengan demontrasi oleh guru. Pelajar akan melatih diri menggunakan kemahiran tersebut di dalam kelas. Guru juga menggunakan grafik secara tersusun dalam membantu pelajar mengingat dan menyimpan maklumat di mana guru turut memperkenalkan kaedah grafik setiap kali proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas bersama setiap kemahiran aras tinggi. Guru menggunakan kaedah 'teacher modeling, the teacher think aloud process dan strategi latihan pemahaman pembacaan pelajar yang mengandungi kemahiran meramal, membuat hubungan, visual, mencadang, menyoal dan merumus' dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini membantu mereka mempelbagaikan teknik pembacaan untuk mereka lebih memahami. Guru merekodkan perkembangan pelajar dalam menggunakan kemahiran aras tinggi dan bagaimana ia membantu pelajar dalam memberi makna di dalam pembacaan. Pelajar menggunakan jurnal di mana perkembangan mereka dipantau melalui penulisan mereka di dalam jurnal.

TAJUK ARTIKEL 3

MENARIK PERHATIAN KANAK-KANAK MENGGUNAKAN PERKATAAN BERGUNA : ARAHAN KOSA KATA DALAM KELAS DARJAH TIGA

ENGAGING CHILDREN WITH USEFUL WORDS : VOCABULARY INSTRUCTION IN A THIRD GRADE CLASSROOM


Pengarang : Lynn Cohen dan Katherine Byrnes
Jurnal : Reading Horizons Journal, 2007, 47, (4). Pg 271
Sumber : ProQuest Education Journals (Online)

PROSEDUR KAJIAN
16 orang pelajar dipecahkan kepada dua kumpulan. Dalam masa 10 minggu, pendekatan arahan berbeza diberikan kepada dua kumpulan yang berbeza. Kumpulan pertama dikenali sebagai kumpulan 'arahan bercerita' dan kumpulan kedua dikenali sebagai 'kumpulan traditional'. Kumpulan 'arahan bercerita' diberi masa seminggu untuk membaca 4 buku yang telah disediakan, kemudian berbincang dan 3 hari diberi untuk strategi 'direct word learning' seminggu. Kumpulan 'traditional' tidak terlibat dengan pembacaan secara kuat , hanya membuat lembaran kerja yang diberikan dan disiapkan dalam masa empat hari seminggu. Mereka diberi peluang berinteraksi sosial dan bekerja secara berpasangan dalam menyiapkan tugasan.

BUKU UTAMA
TAJUK BUKU : ACTION RESEARCH FOR EDUCATIONAL CHANGE
PENULIS : JOHN ELLIOTT

BUKU SOKONGAN
TAJUK BUKU : A SHORT GUIDE FOR ACTION RESEARCH (2nd Ed)
PENULIS : ANDREW P.JOHNSON


BAGAIMANA GURU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN / PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN (METADOLOGI)

- Action Research For Educational Change.(M/S 72-77)

Terdapat kitaran yang perlu dialami oleh pengkaji dalam melakukan kajian tindakan agar ia lengkap. Penulis mengemukakan lima prosedur yang perlu dilakukan oleh guru agar kitaran kajian tindakan menjadi lengkap.

a)Mengenalpasti dan jelas dengan idea umum

Idea umum itu pada asasnya adalah satu kenyataan yang mengaitkan satu idea dengan tindakan.Dengan kata lain, “idea umum” merujuk kepada perkara atau keadaan (situasi) dengan harapan dapat diubah atau diperbaiki. Kriteria penting dalam memilih ‘idea umum’ adalah sesuai dengan bidang pengkaji dan adakah sesuatu itu mahu diubah atau diperbaiki. Idea umum mungkin perlu disemak semula sepanjang proses kajian tindakan berlansung. Penulis juga membenarkan kemungkinan dalam setiap kitaran berbanding hanya memperbaiki dari permulaannya.

b)Tinjauan

Aktiviti ini boleh dibahagi kepada dua sub iaitu :

-Menghuraikan fakta-fakta berdasarkan keadaan
Seseorang itu perlu menerangkan sepenuhnya yang boleh yang mungkin situasi seseorang itu mahu berubah atau diperbaiki. Kesemua fakta ini membantu dalam menjelaskan sifat masalah.

-Menjelaskan fakta berdasarkan keadaan
Dari fakta yang deskritif kepada analisis kritikal. Meliputi ‘brainstorming dan hypothesis testing’ eg : Bagaimana ia terjadi, mengapa ia terjadi begitu, etc.

c)Membina dan merancang pelan

Pembinaan pelan perlu meliputi aspek berikut :
-Semakan semula terhadap idea umum yang diutarakan
-Sebab kenyataan seseorang itu akan merubah atau meningkatkan sesuatu keadaan dan tindakan itu dalam arah yang sama
-Satu kenyataan bahawa perlu ada pengkaji dan orang yang dikaji
-Satu kenyataan bahawa sumber-sumber diperlukan dalam melakukan kajian ini seperti ; bilik, peralatan, bahan, etc
-Satu kenyataan bahawan rangka kerja perlu disediakan yang akan mengawal akses dan mengeluarkan maklumat

d)Membangunkan langkah-langkah tindakan seterusnya

Pengkaji memutuskan dengan tepat tindakan yang perlu diambil selanjutnya selari dengan pelan am dan bagaimana proses-proses tersebut berlaku dan kesannya dipantau.

e)Melaksanakan tindakan seterusnya

Dalam memastikan kajian itu berjaya, ia mungkin mengambil sedikit masa. Biasanya ia memperlihatkan perubahan tingkahlaku peserta. Sebagai pengkaji, tindakan diambil daripada sekadar memantau (memerhati) kepada satu proses peninjauan dan perekodan maklumat mengenai perubahan atau penambahbaikan yang berlaku.

- A Short Guide to Action Research

Untuk melakukan Kajian Tindakan ianya melibatkan 5 langkah asas iaitu :

Langkah 1 : Persoalan Kajian, Menentukan Masalah, atau menentukan Kawasan Kajian.
Langkah 2 :Apa data yang hendak dikumpul, bagaimana hendak dikumpul dan berapa kekerapan.
Langkah 3 :Mengumpul dan analisis data.
Langkah 4 :Menyatakan bagaimana dapatan digunakan dan diaplikasi dan membuat rancangan untuk tindakan berdasarkan kepada dapatan kajian.
Langkah 5 :Laporkan atau berkongsi hasil dapatan dan rancangan tindakan dengan yang lain.
Langkah 6 :Mengkaji Kajian Lepas

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 13

Posted by Nur Rawaidah Rahmat Saturday, November 21, 2009 0 comments

Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah (http://tip.psychology.org/theories.html)

KAEDAH INKUIRI

Guru menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen. Dalam hal ini, guru memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya dengan lebih mendalam berdasarkan pengetahuan sedia ada dan kemahiran asas yang dikuasai.

KAEDAH PERBINCANGAN

Teknik perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalanlan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu serta mengarahkan pandangan-pandangan mereka ke satu prinsip atau pendapat menyeluruh. Melalui teknik ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Pelajar akan kelihatan lebih cergas, berani dan tegas. Bahan-bahan harus yang disediakan oleh guru perlu mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selain itu, guru perlu hadkan topik perbincangan dan terangkan sesuai mengenainya bagu membolehkan murid-murid memahami apa yang dikehendaki dan dapat dibincangkan perkara itu dalam jangka masa yang dijangkakan. Dalam masa yang sama, guru harus bijak memberikan ruang dan menggalakkan murid-murid agar mereka berminat untuk berkerjasama serta mengemukakan soalan-soalan yang akan dapat mencungkil fakta-fakta dan mendorongkan murid-murid berfikir.

***************************************************************************************

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Dick dan Carey (Rafidah 2002) atau lebih dikenali sebagai The Dick and Carey System Approach Model (1978). Teori model ini merupakan antara Teori Instructional Design yang terkenal dihasilkan oleh Walter Dick and Lou Carey dalam buku mereka yang bertajuk “The Systematic Design Of Instruction”. Mengikut teori ini proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Kesemua perancangan pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan sesuai dengan objek pendidikan terkini. Teori ini berasaskan pendekatan sistematik yang melibatkan pembinaan strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang bersesuaian. Secara grafiknya, teori The Dick and Carey System Approach Model dapat dijelaskan seperti rajah di bawah ;


Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian yang lepas yang berkaitan dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dodge (1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Kajian yang dijalankan oleh P.J Philips di Universiti Texas pada tahun 1950 berhubung dengan perkaitan antara ingatan dan cara sesuatu maklumat disampaikan dapat dilihat melalui jadual I dalam kajian tersebut. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dan bermanfaat kerana ia dapat menggalakkan aktiviti yang pelbagai untuk memastikan keberkesanan proses tersebut secara maksimum.

Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:

i.Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi

ii.Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik

iii.Kanak-kanak sebagai pemikir

iv.Kanak-kanak adalah berpengetahuan

Keempat-empat model ini bersesuaian dengan penggunaan teknologi atau laman sesawang sebagai bahan pembelajaran mereka. (Rapidah 2002)

Kesimpulannya, kerangka teori-teori yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa teknologi moden seperti laman sesawang yang mampu melibatkan pelajar secara lebih meluas dan berkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat perlu untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi kebaikan pelajar itu sendiri.

KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konseptual ini terdiri daripada dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif, manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah stail kepelbagaian pembelajaran pelajar dan kemahiran pelajar. Di dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji hubungan di antara penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dengan peningkatan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar. Kerangka konseptual yang dibentuk bagi kajian ini adalah seperti berikut :


RAJAH KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN


TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk memperkenal, mengukuh, menambah dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut :

(i) Mengaplikasikan penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif sebagai medium teknologi intruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam meningkatkan kemahiran pelajar.

(ii) Meningkatkan kepelbagaian stail pembelajaran di kalangan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif.


PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini berhasrat untuk menjawab persoalan – persoalan berikut :

(i) Bagaimana penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran pelajar?

(ii) Adakah penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat meningkatkan kepelbagain stail pembelajaran pelajar?


OPERASIONAL KAJIAN

Definisi operational kajian yang digunakan adalah seperti berikut :

(i) Penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Pembelajaran melalui laman sesawang ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi elektronik. Kit pembelajaran interaktif pula merupakan bahan teknologi bukan elektronik yang mengandungi pelbagai bahan yang seperti kad imbasan bewarna, set permainan pintar dan peralatan yang menyokong aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Kedua – dua bahan ini diintegrasikan dan digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar.

(ii) Stail Kepelbagaian Pembelajaran Pelajar
Menurut Dodge (1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran pelajar adalah tidak sama diantara satu sama lain. Bagaimanapun gaya pembelajaran pelajar perlu dipelbagaikan agar pelajar dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan mereka disamping disesuaikan mengikut subjek dan keadaan.

(ii) Kemahiran Pelajar
Menurut Kamus Dewan Bahasa, kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Kemahiran pelajar boleh dirujuk kepada kecekapan dan kepandaian pelajar melakukan sesuatu, misalnya kemahiran berfikir, kemahiran literasi computer, kemahiran komunikasi dan sebagainya.

(iii) Penilaian Pelajar
Penilaian boleh didefinisikan sebagai perbuatan atau hal menilai ataupun pentaksiran. (Kamus Dewan Bahasa). Penilaian akan dilakukan bagi melihat perubahan dan penambahbaikan stail kepelbagaian pembelajaran pelajar dan peningkatan kemahiran mereka.

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 12 (PEMURNIAN)

Posted by Nur Rawaidah Rahmat 0 comments

TAJUK :
LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENYATAAN MASALAH :
PENGAJARAN SUBJEK LITERASI MAKLUMAT DAN BAHASA MELAYU MEMPUNYAI KONTEKS ISI KANDUNGAN YANG LUAS DAN KURANG MENARIK MINAT PELAJAR JIKA TIDAK DIVARIASIKAN. MAKA PENGKAJI INGIN MENGKAJI ADAKAH PENGGUNAAN LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DAPAT MENINGKATKAN KEPELBAGAIAN STAIL PEMBELAJARAN PELAJAR DAN BAGAIMANA IA DIAPLIKASIKAN DALAM MENINGKATKAN STAIL PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM MENINGKAT KEMAHIRAN MEREKA.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

KAJIAN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMPERKENAL, MENGUKUH, MENAMBAH DAN MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN PELAJAR MELALUI PENGINTEGRASIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI KHUSUSNYA LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

SECARA KHUSUSNYA, KAJIAN INI DIJALANKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF BERIKUT :

(i) MENGAPLIKASIKAN PENGGUNAAN LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF SEBAGAI MEDIUM TEKNOLOGI INTRUKSIONAL DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR.

(ii) MENINGKATKAN KEPELBAGAIAN STAIL PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI PENGINTEGRASIAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI KHUSUSNYA LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF.

Penyataan Masalah (Artikel Jurnal)

TAJUK ARTIKEL 1

PERBINCANGAN PELAJAR DALAM KELAS PENGAJIAN SOSIAL : KES KAJIAN TINDAKAN

STUDENT DISCUSSIONS IN THE SOCIAL STUDIES CLASSROOM : AN ACTION RESEARCH STUDY


Pengarang : Nora K. Flynn
Jurnal : Chicago Foundation for Education Teachers Network Policy Institute
Sumber : ProQuest Education Journals (Online)

PENYATAAN MASALAH

Persoalan Utama
- Apakah persediaan yang diperlukan dalam membentuk kejayaan di dalam perbincangan secara berkumpulan?
- Apakah yang berlaku apabila pelajar sendiri menguasai perbincangan secara kumpulan?

Sub-Persoalan
- Apakah peranan yang dimainkan oleh setiap pelajar dalam aktiviti perbincangan?
- Bagaimana pelajar melihat tahap keselesaan dan peranan mereka dalam aktiviti perbincangan?
- Apakah perancangan yang digunakan untuk mengenalpasti dan bertoleransi di dalam aktiviti perbincangan?
- Apakah yang dikatakan perbincangan yang baik dari pandangan pelajar?

TAJUK ARTIKEL 2

MENINGKATKAN PEMAHAMAN PEMBACAAN MELALUI PEMIKIRAN ARAS TINGGI

IMPROVING READING COMPRHEHENSION THROUGH HIGHER-ORDER THINKING SKILLS


Pengarang : Brigitte A. McKown dan Cynthia L. Barnett
Jurnal : Saint Xavier University, Illnois
Sumber : ERIC Database Journal (Online)

PENYATAAN MASALAH


- Bagaimanakah meningkatkan pemahaman pembacaan melalui pemikiran aras tinggi?
- Adakah pemikiran aras tinggi membantu pelajar membina atau mengembangkan strategi - strategi untuk memahami bahan yang mereka baca?
- Adakah dengan mengabungkan kemahiran pemikiran aras tinggi, pelajar dapat membuat hubungkait dan pemindahan maklumat dalam membaca?


TAJUK ARTIKEL 3

MENARIK PERHATIAN KANAK-KANAK MENGGUNAKAN PERKATAAN BERGUNA : ARAHAN KOSA KATA DALAM KELAS DARJAH TIGA

ENGAGING CHILDREN WITH USEFUL WORDS : VOCABULARY INSTRUCTION IN A THIRD GRADE CLASSROOM


Pengarang : Lynn Cohen dan Katherine Byrnes
Jurnal : Reading Horizons Journal, 2007, 47, (4). Pg 271
Sumber : ProQuest Education Journals (Online)

PENYATAAN MASALAH

- Apakah kaedah terbaik untuk mengajar kosa kata bagi kelas darjah tiga?
- Arahan prosedur yang manakah untuk pemerolehan kosa kata bagi menyokong kanak - kanak dalam membaca dan menulis?
- Adakah strategi - strategi arahan untuk mengajar kosa kata berbeza dalam menyokong kanak - kanak darjah tiga menggunakan kosa kata dalam komunikasi lisan dan bertulis?



- Action Research For Educational Change.(M/S 72-77)

Mengenalpasti dan jelas dengan idea umum

Idea umum itu pada asasnya adalah satu kenyataan yang mengaitkan satu idea dengan tindakan.Dengan kata lain, “idea umum” merujuk kepada perkara atau keadaan (situasi) dengan harapan dapat diubah atau diperbaiki. Kriteria penting dalam memilih ‘idea umum’ adalah sesuai dengan bidang pengkaji dan adakah sesuatu itu mahu diubah atau diperbaiki. Idea umum mungkin perlu disemak semula sepanjang proses kajian tindakan berlansung. Penulis juga membenarkan kemungkinan dalam setiap kitaran berbanding hanya memperbaiki dari permulaannya.

Idea umum pada dasarnya adalah sebuah pernyataan yang menyambung idea untuk bertindak. Kemmis dan lain-lain (1981) memberikan contoh berikut:

- Pelajar tidak puas dengan kaedah undian. Bagaimana kita boleh bekerjasama untuk meningkatkan penilaian terhadap pelajar?
- Pelajar tampaknya membuang banyak masa di kelas. Bagaimana saya boleh meningkatkan waktu untuk digunakan oleh pelajar menghabiskan tugasan?
- Keluarga membantu sekolah dengan melakukan pengawasan kerja rumah pelajar. Bagaimana kita perlu membantu keluarga ini mejadi lebih produktif?

- A Short Guide to Action Research

Masalah dikenalpasti dengan pemerhatian terhadap sesuatu situasi dan kemudian situasi tersebut dilihat boleh diperbaiki. Mengenalpasti masalah bermaksud memahami amalan situasi dan meneroka semua faktor yang berkemungkinan untuk diperbaiki.

TUGASAN KELAS : AKTIVITI 9 : KT MINI (MATLAMAT/OBJEKTIF/BENTUK)

Posted by Nur Rawaidah Rahmat Thursday, November 19, 2009 0 comments

PEMBENTANGAN SLAID (POWER POINT)



MATLAMAT

Memperkenal, mengukuh, menambah dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran

OBJEKTIF

- Mengaplikasikan penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif sebagai medium teknologi intruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam meningkatkan kemahiran pelajar.
- Meningkatkan kepelbagaian stail pembelajaran di kalangan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif

PERSOALAN KAJIAN

- Bagaimana penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat diaplikasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran pelajar?
- Adakah penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat meningkatkan kepelbagain stail pembelajaran pelajar?


LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


- Penggunaan Laman Sesawang dapat membantu guru lebih fokus terhadap sesuatu proses pengajaran.
- Penggunaan Kit Pembelajaran dapat mempelbagaikan kreativiti guru dan pelajar.
- Kit Pembelajaran Interaktif dan Laman Sesawang membantu guru dalam memberi sokongan terhadap penjelasan sesuatu sub-topik yang sukar difahami.
- Penggunaan Kit Pembelajaran dapat meningkatkan daya ingatan dan kelemahan pelajar.
- Penggunaan Laman Sesawang dan Kit Pembelajaran menyatupadukan penggunaan teknologi - maklumat dalam strategi pengajaran

LITERATURE REVIEW (BUKU DAN JURNAL)

BUKU
Tajuk : Penginterasian ICT dalam Pendidikan : Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi
Sumber: Bab 4, M/S 8)

Guru pada masa kini perlu menguasai tiga jenis kemahiran iaitu kemahiran atau literasi komputer , literasi teknologi dan literasi maklumat (Norizan, 2003). Ini kerana teknologi itu sendiri tidak dapat merevolusikan pendidikan. Ia merupakan satu daripada koleksi alat untuk membantu dalam kemahiran berfikir secara inovatif

ARTIKEL (JURNAL)
Tajuk : Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Laman Web di Sekolah
Penulis:Dr. Sajap Maswan (Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Penang

Sebagai contoh guru boleh mencadangkan aktiviti berkumpulan, dimana setiap kumpulan diberi tugasan berdasarkan topik-topik tertentu. Pelajar dikhendaki mencari maklumat dan bahan-bahan dari laman web yang di cadangkan atau melalui pencarian mereka sendiri.


LITERASI KOMPUTER

Individu
- Pengajaran Literasi Komputer terlalu meluas dan boleh berubah.
- Kreativiti mungkin hanya akan difokuskan kepada pengajaran yang dikomputeran sahaja. Ini akan mengabaikan sikap semulajadi pelajar yang kreatif kerana semua pembelajaran adalah menggunakan program komputer.

Kumpulan
- Sesetengah Konsep pengajaran Literasi Komputer sukar difahami dan memerlukan aktiviti sokongan.

Kumpulan luar
- Guru kurang kepakaran untuk mengendalikan subjek literasi komputer.

BAHASA MELAYU

Individu
- Set induksi yang membosankan dan tidak menarik dan menyebabkan pelajar bosan dan tidak memberikan perhatian.
- Lebih berpusatkan guru, guru tidak melibatkan pelajar secara aktif di dalam kelas.
Kumpulan
- Menggunakan kaedah dan teknik pengajaran yang sama dan tidak mengaplikasikan laman sesawang dan kit pembelajaran.
Kumpulan luar
- Guru kurang menggunakan BBM dan ABM semasa mengajar.

LITERATURE REVIEW (BUKU DAN JURNAL)

ARTIKEL (JURNAL)

Tajuk : CABARAN, PELUANG DAN ANCAMAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN BAHASA
Penulis: GOH YING SOON, AZMAN BIN CHE MAT, TEY MENG KAR

Menurut Gordon (Februari, 2003), 4 sebab utama E-learning gagal adalah:
• Hanya fokus pada teknologi tertentu dan tidak mementingkan keperluan latihan;
• Gagal dalam mengagihkan latihan secara spesifik untuk mencapai perlaksanaan peningkatan keperluan yang khusus;
• Gagal dalam menggunakan fungsi-fungsi E-learning secara menyeluruh; dan
• Percubaan untuk mencapai matlamat yang terlalu tinggi dan tidak realistik

BUKU
Tajuk : Penginterasian ICT dalam Pendidikan : Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi
Sumber: (Bab 5, M/S 54)

Menurut Mohd Arif et.al (2007), guru masih kurang mampu mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan kurang mahir tentang instructional design, kemahiran memilih, menilih dan menggunakan perisian kursus berasaskan keperluan pelajar walaupun ada dikalangan mereka yang telah menyertai kursus perisian ICT.



LITERASI KOMPUTER

Individu
- Memberi peluang untuk proses pembelajaran yang lebih luas.
- Proses pembelajaran adalah lebih kepada teknikal.

Kumpulan
- Cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan.

Kumpulan luar
- Pengajaran adalah berdasarkan kepada pengalaman sebenar dalam kehidupan.

BAHASA MELAYU

Individu
- Menggalakkan pelajar mempelajari kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berkomunikasi.
- Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pelbagai kaedah dan teknik yang boleh diaplikasikan atau digunakan seperti permainan bahasa.

Kumpulan
- Kaedah pemberian token dapat menarik minat dan memotivasikan pelajar.
- Set induksi yang menarik.

Kumpulan luar
- Mudah diajar kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda.

LITERATURE REVIEW (BUKU DAN JURNAL)

BUKU
Tajuk : Penginterasian ICT dalam Pendidikan : Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi
Sumber: (Bab 4, M/S 40)

Pengamal dan pengkaji melaporkan bahawa integrasi teknologi secara efektif dalam pengajaran boleh meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran, meningkatkan pembelajaran peringkat tinggi dan menggalakkan peningkatan pembelajaran pelajar . (Lazarowitz, 2002; Wheeler et al. 2002.

BUKU
Tajuk : Penginterasian ICT dalam Pendidikan : Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi
Sumber: (Bab 4, M/S 40)

Sankaran et al (2000) mendapati penggunaan inovatif aplikasi berasaskan web boleh membantu kepelbagaian stail pembelajaran

BUKU
Tajuk : Penginterasian ICT dalam Pendidikan : Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi
Sumber: (Bab 4, M/S 40)

Selain itu, pengajaran berasaskan web membolehkan pelajar berkolaborasi tentang tugasan, membuat refleksi kritikal dan pembelajaran berasaskan masalah (Weigel, 2000)

ARTIKEL (JURNAL)
Tajuk : Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penulis: Dr. Sajap Maswan (Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Penang

Antara ciri utama web yang tidak terdapat dalam media lain ialah kebolehan menyediakan persekitaran yang membenarkan pelajar berinteraksi dengan guru, pelajar berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain atau pelajar berinteraksi dengan persekitaran laman web itu sendiri.

ARTIKEL (JURNAL)
Tajuk : Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Laman Web di Sekolah
Penulis: Dr. Sajap Maswan (Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Penang

Pembelajaran melalui laman web mengajak para guru untuk mengalih paradigma pengajaran mereka daripada yang bercorak behavioris dan kognitivis kepada konstruktivis. Konstruktivis dikatakan berupaya mengubah sikap memindah maklumat secara pasif kepada yang aktif dengan menyediakan suasana pengajaran-pembelajaran yang dapat mempertingkat kemahiran berfikir tahap tinggi (high- order thinking skills). Aliran ini juga percaya bahawa pengajaran-pembelajaran yang bertumpu kepada penglibatan multisensori pelajar dan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan eksploratori dapat membantu meningkatkan kemahiran yang dimaksudkan. Justeru penggunaan Laman web yang mempunyai ciri-ciri hipermedia, hiperteks dan hiperlinks amat sesuai dengan konteks konstruktivis ini. Sebab itu laman web harus dimanfaat sepenuhnya oleh guru-guru dalam pengajaran-pembelajaran.